Sistem Perancangan Kawalan & Perbelanjaan - eSPKB
 
Sistem Perancangan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan kawalan kewangan serta keperluan maklumat kewangan projek-projek di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik. Projek-projek yang dimaksudkan adalah :
     
 
1
Perolehan Elektronik (ePerolehan)
 
2
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)
 
3
Perkhidmatan elektronik (eKhidmat)
 
4
Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
     
Ia membantu dalam proses kawalan belanjawan, memantau perbelanjaan PTJ dan mempercepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan Sistem eSPKB dengan Goverment Financial & Management System (GFMAS), urusan bayaran perbelanjaan dapat dipercepatkan.
 
Ciri-ciri eSPKB
 
 
1
Penyediaan dokumen kewangan melibatkan tiga peringkat iaitu sedia, perakuan I dan perakuan II.
 
2
Pengemaskinian buku vot dan penyesuaian akaun secara elektronik termasuk bagi perbelanjaan pukal dan gaji.
 
3
Waran peruntukan, baucar bayaran, penyata pemungut dan baucar jurnal dihantar secara online ke pejabat perakaunan.
 
4
Hardcopy dokumen kewangan dan dokumen sokongan disimpan di PTJ. Penyemakan dan kelulusan di pejabat perakauan dilakukan secara elektronik.
 
5
Rekod-rekod jabatan seperti daftar bil dan buku vot tidak diselenggara secara manual tetapi akan dijana secara automatik melalui sistem.
 
6
Laporan-laporan harian, bulanan, jadual dan pilihan boleh dicetak mengikut keperluan dan bila-bila masa.
 
7
Setiap tindakan yang diambil oleh kakitangan dalam pemprosesan dokumen akan direkod secara auto dalam maklumat pengesahan
 
8
Membuat kawalan dokumen dengan mengambil kira prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
 
9
Kedudukan baki peruntukan diketahui pada bila-bila masa.
 
10
Ketepatan data kewangan dalam akaun kerajaan lebih terjamin kerana data yang berpunca dari eSPKB atau aplikasi-aplikasi EG lain tidak perlu diinput semula oleh pejabat perakaunan.
 
11
Penggunaan kad pintar dalam sistem mengetatkan lagi kawalan kewangan kerajaan.
 
12
Pengantaramukaan dengan aplikasi Kerajaan Elektronik yang melibatkan pembayaran dan perakaunan dapat dibuat.
 
13
Dokumen kewangan yang dijana/cetak melalui sistem sah digunapakai dalam mengggantikan dokumen manual contohnya pesanan tempatan, waran perjalanan udara, penyata pemungut, baucar jurnal, baucar bayaran dan sebagainya.
 
 
 
 
 
Hakcipta © 2008 Pejabat Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik
Paparan terbaik 800 x 600 menggunakan Internet Explorer 6 & ke atas.
 
Penafian: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.