Latar Belakang
   
 
Aplikasi kerajaan elektronik seperti e-Perolehan (eP), Sistem Pemantauan Projek II (SPPII), Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia(HRMIS) dan Perkhidmatan elektronik (eKhidmat) adalah melibatkan urusniaga kewangan dan perakaunan. Dengan itu aplikasi tersebut perlu dihubungkan dengan sistem legasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Bagi memudahkan proses antaramuka, Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG-AG) diwujudkan. Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat dengan projek ini dibekalkan dengan sistem buku vot yang dinamakan Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan (e-SPKB). Sistem e-SPKB ini dihubungkan dengan sistem legasi JANM dan seterusnya ke Bank bagi pembayaran secara elektronik (EFT).

Selain daripada itu, sistem sokongan berikut juga dibangunkan bagi menyokong e-SPKB:
  • Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (GFMAS)
  • Sistem Pemberitahuan Bayaran (e-Maklum)
  • Sistem Perakaunan Terimaan Kerajaan (e-Terimaan)