| |
|
| |
Objektif |
| |
|
| |
-
Membangun, menambah baik, menyelenggara, melaksana dan memantau eSPKB sebagai alat bantuan kawalan belanjawan di lebih 4000 pusat tanggungjawab (PTJ).
-
Membangun, menambah baik, menyelenggara dan melaksana antara muka eSPKB dengan sistem kewangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (GFMAS) supaya eSPKB boleh berfungsi sebagai punca utama kemasukan data kewangan ke sistem yang terlibat.
-
Membangun, menambah baik, menyelenggara dan melaksana antara muka eSPKB dengan aplikasi Kerajaan Elektronik (EG) dan sistem agensi lain bagi memenuhi keperluan maklumat kewangan aplikasi terlibat. Aplikasi EG yang terlibat adalah ePeroelehan, SPP II, HRMIS dan eKhidmat.
-
Membangun, menambah baik, menyelenggara dan melaksana Sistem Perakaunan Pungutan Wang untuk memudahkan perakaunan pungutan wang di peringkat pusat tanggungjawab untuk disalurkan ke sistem kewangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
-
Mengemas kini Panduan Pengguna PTJ eSPKB sekiranya terdapat penambahbaikan atau perubahan pada eSPKB.
-
Menjadi one-stop center kepada permohonan talian Eg*Net yang diterima daripada PTJ di seluruh Negara
-
Memberi latihan kepada pengguna eSPKB sama ada yang baru atau sedia ada (retraining).
|
|